Maklumat Berkaitan

Memahami insurans

Jenis insurans

Jenis takaful

Penipuan insurans

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Ketahui program pendidikan BNM

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
  ASAS INSURANS DAN TAKAFUL II
 
1) Anda tidak boleh menginsuranskan rumah jiran anda kerana
  A.    Rumah itu terlalu lama.
  B.    Jiran anda telah membeli insurans bagi rumah tersebut.
  C.    Anda tidak mempunyai kepentingan insurans.
  D.    Anda tidak mempunyai hak insurans.
  E.    Rumah tersebut terletak di sebelah sebuah stesen minyak.
 
2) Manakah di antara faktor berikut yang anda harus pertimbangkan semasa membeli polisi insurans atau pelan takaful?
  A.    Peringkat hidup dan keperluan peribadi.
  B.    Skop perlindungan dan manfaat.
  C.    Kemampuan dari segi kewangan.
  D.    Syarikat insurans/ pengendali takaful berlesen dan ejen berdaftar.
  E.    Semua di atas.
 
3) Kenyataan berikut adalah benar berkenaan insurans dan takaful, kecuali:
  A.     Insurans ialah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau organisasi kepada syarikat insurans.
  B.     Anda boleh membuat tuntutan terhadap lebih daripada satu polisi insurans/pelan takaful sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian terhadap harta anda.
  C.    Takaful adalah pelan perlindungan yang berasaskan prinsip Syariah.
  D.     Salah satu ciri unik pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.
  E.    Polisi insurans dan pelan takaful adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak, ia itu pemegang polisi perlu mendedahkan kesemua fakta penting.
 
4) Mengapa anda perlu mengambil tahu tentang penipuan insurans?
  A.    Syarikat insurans mungkin akan mengenakan keperluan pengunderaitan yang lebih ketat.
  B.    Penipuan insurans menyebabkan kos premium yang lebih tinggi dan harga yang lebih mahal bagi barangan dan perkhidmatan.
  C.    Kelewatan dalam penyelesaian tuntutan tulen.
  D.    Syarikat insurans mungkin menghadkan skop perlindungan.
  E.    Semua di atas.
 
5) Kenyataan manakah mengenai prinsip insurans adalah tidak benar:
  A.    Prinsip indemniti hanya digunapakai bagi insurans harta.
  B.    Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta.
  C.    Sekiranya anda membeli lebih daripada satu pelan insurans hayat, anda atau penama anda akan menerima wang daripada semua polisi tersebut.
  D.    Kegagalan untuk mendedahkan fakta penting dalam sesuatu polisi insurans boleh menyebabkan polisi tersebut menjadi tidak sah.
  E.    Negara berlainan mengamalkan prinsip insurans yang berlainan
 
6) Berikut adalah agensi yang boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah berhubung insurans/takaful kecuali
  A.    Biro Pengantaraan Kewangan.
  B.    Unit aduan pengendali takaful.
  C.    Laman Informasi Nasihat dan Khidmat Bank Negara Malaysia (BNM LINK).
  D.    Unit aduan syarikat insurans.
  E.    Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
 
  INSURANS HAYAT II
 
7) Kenyataan manakah berkenaan pelan insurans berkaitan pelaburan adalah tidak benar?
  A.    Insurans berkaitan pelaburan adalah insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan.
  B.     Tiada risiko pelaburan dalam insurans berkaitan pelaburan.
  C.    Anda diberikan fleksibiliti untuk memilih paras perlindungan dan pelaburan anda.
  D.    Terdapat beberapa fi dan caj yang dikenakan apabila membeli pelan insurans berkaitan pelaburan.
  E.    Pembayaran premium lazimnya dibuat sekali atau berkala, seperti bulanan, suku tahunan, setengah tahunan dan tahunan.
 
8) Manfaat berikut dilindungi di bawah insurans perubatan dan kesihatan, kecuali
  A.    Pembedahan kosmetik atau plastik.
  B.    Penginapan hospital dan belanja rawatan.
  C.    Belanja pembedahan.
  D.    Belanja doktor perubatan.
  E.    Ujian untuk pesakit yang masuk wad.
 
9) Apakah yang perlu anda pertimbangkan sebelum memasukkan wang anda dalam suatu pelan insurans berkaitan pelaburan?
  A.    Risiko yang terlibat.
  B.    Jumlah pelaburan.
  C.    Pilih sama ada ingin membayar premium tunggal atau premium berkala dan jenis dana.
  D.    Tahap perlindungan.
  E.    Semua di atas.
 
10) Manakah di antara faktor berikut yang perlu anda pertimbangkan dalam menentukan tahap perlindungan pelan pendidikan anak anda?
I.    Tempat pengajian; luar atau dalam negara.
II.   Tahap kelayakan.
III.  Bidang pengajian.
IV.   Jangka masa pengajian.
  A.    I
  B.    I, II
  C.    I, II, III
  D.    II, III, IV
  E.    I, II, III, IV
 
11) Kenyataan manakah yang salah berkenaan polisi insurans hayat?
  A.    Polisi insurans hayat yang menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja dikenali sebagai insurans bertempoh.
  B.    Insurans hayat seumur hidup menawarkan perlindungan sehingga umur tertentu  contohnya sehingga anda berumur 65 tahun.
  C.    Insurans endowmen merupakan pelan yang menggabungkan perlindungan dan tabungan.
  D.    Polisi yang menawarkan perlindungan dan pelaburan dikenali sebagai insurans berkaitan pelaburan.
  E.    Di bawah polisi sertaan, manfaat yang diterima adalah lebih tinggi kerana pelan itu menerima dividen/bonus.
 
12) Encik A menerima notis pembayaran premium daripada syarikat insuransnya bertarikh 20 Julai. Encik A membayar premium secara tahunan dan tarikh bagi pembayaran premium ialah 20 Ogos. Bilakah tarikh akhir Encik A boleh menjelaskan premium beliau?
  A.    20 Julai.
  B.    20 Ogos.
  C.    30 hari selepas 20 Julai.
  D.    30 hari selepas 20 Ogos.
  E.    Serta-merta.
 
13) Encik B membeli pelan insurans berkaitan pelaburan. Selepas menerima polisi insuransnya, beliau berasa tidak puas hati dengan pelan dan ingin membatalkan pelan tersebut. Apakah yang harus beliau lakukan?
  A.    Menghubungi ejen insurans dan membuat aduan.
  B.    Membatalkan polisi dengan memulangkan polisi tersebut kepada syarikat insurans dalam tempoh 15 hari selepas beliau menerima dokumen polisi.
  C.    Biarkah polisi tersebut luput selepas tahun pertama.
  D.    Minta bantuan Biro Pengantara Kewangan.
  E.    Minta nasihat undang-undang.
 
  INSURANS AM II
 
14) Polisi manakah yang tidak memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan ke atas rumah dan/atau isi rumah anda?
  A.     Polisi kebakaran asas.
  B.     Polisi empunya rumah.
  C.     Polisi isi rumah.
  D.    Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (MRTA).
  E.    Tiada satu pun yang di atas.
 
15) Perlindungan yang manakah tidak diberi di bawah polisi motor komprehensif?
  A.    Liabiliti kepada pihak ketiga akibat kecederaan, kematian, kerugian dan kerosakan harta pihak ketiga.
  B.    Kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan dan kecurian.
  C.    Kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan.
  D.    Liabiliti kepada pemandu dan penumpang kenderaan sendiri.
  E.    Tiada satu pun yang di atas.
 
16) Jenis perlindungan yang biasanya terdapat dalam insurans kemalangan diri termasuklah:
I.     Mati akibat kemalangan.
II.    Hilang upaya kekal.  
III.   Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa.
IV.   Belanja perubatan.
V.    Manfaat masuk hospital.
  A.    I
  B.    I, II
  C.    I, II, III
  D.    I, II, III, IV
  E.    I, II, III, IV, V
 
17) Perkara berikut perlu anda laksanakan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan di bawah suatu polisi insurans perjalanan kecuali
  A.    Hubungi talian bantuan perubatan dan kecemasan.
  B.     Memberitahu pihak berkuasa.
  C.     Memberitahu syarikat insurans anda secepat mungkin.
  D.     Simpan semua dokumen sokongan untuk membuat tuntutan.
  E.     Membuat penamaan.
 
18) Kenyataan manakah mengenai insurans perjalanan adalah tidak benar?
  A.    Perlindungan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda.
  B.    Anda boleh mengambil polisi perjalanan untuk diri sendiri dan/atau keluarga anda.
  C.    Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu polisi insurans perjalanan, penama akan menerima pampasan bagi setiap polisi sekiranya anda meninggal dunia.
  D.    Anda boleh menginsuranskan kerugian atau kerosakan muatan anda dalam transit dengan insurans perjalanan.
  E.    Kelewatan atau kehilangan bagasi dan barangan kepunyaan peribadi disebabkan oleh rampasan dan pemusnahan di bawah peraturan-peraturan kuarantin kastam adalah dikecualikan di bawah polisi ini.
 
19) Sekiranya anda bukan pihak yang bersalah dalam suatu kemalangan dan ingin mengekalkan diskaun tiada tuntutan (NCD)  anda, manakah di antara kaedah tuntutan berikut yang patut anda lakukan?
  A.    Tuntutan kerosakan sendiri.
  B.    Tuntutan pihak ketiga.
  C.    Tuntutan kecurian.
  D.    Tuntutan kerosakan sendiri dan pihak ketiga.
  E.    Semua di atas.
 
20) Berapakah jumlah perlindungan yang harus dibeli bagi rumah kediaman anda?
  A.    Sebarang nilai pilihan anda.
  B.    Nilai pasaran rumah anda.
  C.    Bersamaan jumlah pinjaman yang diambil daripada institusi perbankan anda.
  D.    Kos pembinaan semula rumah anda.
  E.    Harga belian rumah anda.
 
 
Nama Anda: *