Maklumat Berkaitan

Memahami insurans

Jenis insurans

Jenis takaful

Penipuan insurans

Membuat aduan
 
Saya Mahu...

Ketahui program pendidikan BNM

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
  ASAS INSURANS DAN TAKAFUL I
 
1) Apakah jenis perniagaan insurans dan takaful yang terdapat di Malaysia?   
  A.     Insurans hayat dan insurans am.
  B.     Takaful keluarga dan takaful am.
  C.     Semua di atas.
 
2) Yang manakah satu bukan merupakan prinsip asas insurans?
  A.    Kepentingan boleh insurans.
  B.    Penuh percaya mutlak.
  C.    Penimbangtaraan.
 
3) Seorang pengantara yang mewakili syarikat insurans dalam menjual pelan insurans dikenali sebagai:
  A.    Broker insurans.
  B.    Wakil jualan.
  C.    Ejen insurans.
 
4) Pelan insurans yang berdasarkan prinsip Syariah dikenali sebagai
  A.    Takaful.
  B.    Wakalah.
  C.    Mudharabah.
 
5) Yang manakah di antara institusi berikut tidak menawarkan produk takaful?
  A.    Pengendali takaful.
  B.    Syarikat insurans.
  C.    Institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan pengendali takaful.
 
  INSURANS HAYAT I
 
6) Pelan insurans yang memberi perlindungan hayat serta peluang pelaburan dikenali sebagai
  A.    Insurans seumur hidup.
  B.    Insurans endowmen.
  C.    Insurans berkaitan pelaburan.
 
7) Terma “tempoh tangguh” dalam insurans hayat/takaful keluarga bermaksud
  A.    Tempoh di mana anda boleh membatalkan polisi tanpa sebarang penalti.
  B.    Tempoh tambahan untuk pembayaran premium selepas tarikh akhir pembayaran.
  C.    Tempoh yang diperlukan oleh syarikat insurans/pengendali takaful mengunderait permohonan anda.
 
8) Pulangan ke atas sesuatu polisi insurans berkaitan pelaburan adalah
  A.    Dijamin.
  B.    Tidak dijamin.
  C.    Sebahagiannya di jamin.
 
9) Di bawah peruntukan “tempoh membuat keputusan”, seseorang boleh membatalkan polisi insurans hayatnya dengan memulangkan polisi tersebut kepada syarikat insurans dalam tempoh ____ hari setelah menerima polisi tersebut.
  A.    15
  B.    10
  C.    14
 
10) Berapakah amaun pelepsan cukai bagi premium yang dibayar untuk insurans hayat biasa?
  A.    RM3,000.
  B.    RM6,000.
  C.    RM5,000.
 
11) Anda boleh menambah skop perlindungan polisi insurans hayat dengan cara yang dapat nilai pulangan yang lebih baik dengan membeli
  A.    Perlindungan baru.
  B.    Membeli polisi sertaan tambahan.
  C.    Rider.
 
12) Suatu polisi yang menamakan pihak berikut akan mewujudkan suatu amanah bagi penama
  A.    Ibu bapa.
  B.    Suami atau isteri/anak.
  C.    Adik-beradik.
 
  INSURANS AM I
 
13) Apabila anda menginsuranskan harta anda pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran harta tersebut, anda telah
  A.    Jimat wang anda.
  B.    Terlebih insurans.
  C.    Terkurang insurans.
 
14) “Ekses” atau ”deduktibel” di dalam polisi insurans motor anda bermakna
  A.    Jumlah kerugian yang anda perlu tanggung sebelum syarikat insurans anda membayar baki tuntutan yang dibuat.
  B.    Anda telah terlebih bayar premium kepada syarikat insurans.
  C.    Premium tambahan yang dikenakan terhadap penambahan dalam perlindungan polisi.
 
15) Apakah rasional syarikat insurans mengenakan bebanan premium ke atas insurans motor?
  A.    Untuk mendapatkan lebih premium.
  B.    Untuk mengenakan premium yang mencerminkan faktor risiko yang lebih tinggi.
  C.    Untuk mendenda pemegang polisi kerana lewat membayar premium.
 
16) Polisi yang melindungi kerugian dan kerosakan terhadap isi rumah dan barangan peribadi dikenali sebagai
  A.    Polisi isi rumah.
  B.    Polisi empunya rumah.
  C.    Polisi pengemasan rumah.
 
17) Premium untuk insurans harta kediaman hendaklah dibayar dan diterima oleh syarikat insurans dalam tempoh ___ hari dari tarikh bermulanya perlindungan.
  A.    30
  B.    45
  C.    60
 
18) Di dalam pelan kesihatan dan perubatan, syarat pra-wujud bermakna
  A.    Keadaan dan penyakit yang wujud sebelum seseorang memohon pelan kesihatan dan perubatan.
  B.    Syarat yang perlu anda penuhi sebelum anda diberi perlindungan.
  C.    Keadaan kesihatan anda semasa memohon perlindungan.
 
19) Encik A menginsuranskan keretanya sebanyak RM70,000.  Keretanya telah dicuri. Nilai pasaran kereta sewaktu kehilangan adalah RM50,000. Apakah jumlah pampasan maksimum yang akan dibayar oleh syarikat insurans?
  A.    RM50,000.
  B.    RM70,000.
  C.    Di antara RM50,000 dan RM70,000.
 
20) Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berkenaan produk atau perkhidmatan syarikat insurans atau pengendali takaful anda, pihak manakah yang anda harus terlebih dahulu menyelesaikan isu ini dengan?
  A.    Unit aduan syarikat insurans atau pengendali takaful.
  B.    Biro Pengantaran Kewangan.
  C.    Persatuan Insurans.
 
 
Nama Anda: *