Pengantara insurans ialah individu atau organisasi yang membantu anda membeli atau mendapatkan polisi insurans. Ejen insurans, broker insurans dan penasihat kewangan adalah di antara mereka yang dikenali sebagai pengantara insurans.

Pengantara takaful pula ialah seseorang yang mencari atau mempelawa pelanggan untuk menyertai kontrak takaful dengan pengendali takaful. Mereka juga dikenali sebagai ejen dan broker takaful.
 
Maklumat Berkaitan

Adakah saya dilindungi

Jenis insurans

Jenis takaful

Bagaimana untuk membuat aduan
Saya Mahu…

Muat turun buku panduan berurusan dengan pengantara insurans

Muat turun buku panduan berurusan dengan pengantara takaful

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Seorang ejen insurans atau takaful mewakili syarikat insurans atau pengendali takaful dan secara amnya memberi penerangan dan menjual polisi-polisi insurans atau pelan-pelan takaful yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful kepada pelanggan. Seorang broker insurans atau takaful pula mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang polisi insurans atau pelan takaful yang paling sesuai dengan pelanggan itu. Seorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang memberi perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan itu.

Perbezaan ketiga-tiga pengantara insurans atau takaful ini boleh dilihat melalui jadual di bawah:
 
Jenis
Pengantara
Mewakili /
Dilesenkan/didaftarkan
Ejen
Insurans
Ejen
Takaful
Broker/
Takaful Insurans
Penasihat
Kewangan
Mewakili
Syarikat
Insurans
Pengendali
Takaful
Pelanggan
Pelanggan
Dilesenkan/didaftarkan oleh:
PIAM
(ejen insurans am)
atau LIAM
(ejen insurans
hayat)
Pendaftar
Pengantara
Takaful
Bank Negara
Malaysia
Bank Negara
Malaysia
 
 
Berurusan dengan ejen, broker atau penasihat kewangan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
    Pengetahuan yang mendalam tentang produk insurans dan/atau takaful di pasaran
   
    Memahami keperluan dan keinginan anda
   
    Memastikan anda memahami polisi atau pelan yang anda beli
   
    Tidak menjanjikan sesuatu yang tidak logik atau keterlaluan
   
    Menjual berdasarkan fakta, tidak mendesak atau mengancam
   
    Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati masa
       
Lindungi hak-hak dan kepentingan anda :
 
Hanya berurusan dengan pengantara yang berdaftar/berlesen.
   
Berurusan dengan pengantara yang mempunyai rekod kerja yang terbukti atau yang
dicadangkan oleh rakan-rakan atau ahli keluarga.
   
Berikan maklumat anda secara jujur dan serahkan fakta-fakta penting.
   
Jangan menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami.
   
Jangan terpedaya dengan pujukan untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk membeli polisi insurans hayat baru
   
Pastikan anda memahami produk yang anda beli.
   
Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti dan bandingkan dengan produk lain.
   
Membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang polisi.
   
Hanya beli produk yang anda perlu dan mampu.
   
Minta bahan-bahan jualan, seperti ilustrasi jualan, risalah produk atau borang carian fakta pengguna (untuk produk hayat sahaja) dan simpan kesemua dokumen ini dengan elok
   
Jika mengalami sebarang keraguan, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada pengantara anda atau penjelasan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda.
   
Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan resit itu dengan elok.
 
Apabila berurusan dengan pengantara insurans atau takaful, anda boleh mengharapkan mereka memenuhi piawaian perilaku yang tertentu apabila mereka mengendalikan keperluan insurans atau takaful anda. Sebagai contoh, pengantara tersebut hendaklah:
 

Menunjukkan Kad Pendaftaran Ejen kepada anda jika diminta (untuk ejen insurans). Seorang ejen takaful yang telah lulus pendaftarannya oleh Pendaftar Pengantara Takaful mempunyai Kad Kuasa yang mempunyai semua maklumat berkenaan ejen tersebut.

Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang diwakili. Di samping itu, broker insurans dan penasihat kewangan juga sepatutnya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ada dalam pasaran.

Berusaha memahami keperluan anda dan membantu anda memilih produk atau perkhidmatan insurans atau takaful.

Menerangkan dengan jelas butiran maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan serta betapa pentingnya untuk memaklumkan fakta yang penting.

Menerangkan dengan jelas terma dan syarat utama kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan untuk membantu anda memahami produk yang anda beli.

Menarik perhatian anda tentang sebarang pengecualian atau sekatan di bawah kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan.
 

Membuat susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada anda, seperti pembaharuan polisi dan memberitahu perkembangan terkini produk baru yang berkaitan.
 

Memberikan bantuan kepada anda jika anda perlu membuat tuntutan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful.