Istilah, terma dan syarat polisi insurans dan takaful mungkin sukar difahami. Jadi, kami akan cuba memudahkan anda fahami insurans dan takaful melalui panduan ringkas kami.
 
Insurans melindungi anda daripada risiko dan keadaan yang tidak diduga. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran agar dapat memilih perlindungan yang sesuai untuk anda.
 
Lazimnya, anda akan berurusan dengan seorang pengantara ketika membeli polisi insurans atau pelan takaful. Sama ada pengantara itu seorang ejen broker atau penasihat kewangan, ketahui perkara yang anda perlu tahu ketika berurusan dengan mereka untuk memastikan hak anda sebagai pengguna sentiasa terpelihara.
 
Jika anda mempunyai polisi insurans atau pelan takaful, anda perlu mengetahui skop perlindungan dan had-had polisi/pelan tersebut. Dengan maklumat ini, anda dapat memastikan perlindungan menyeluruh untuk anda.
 
Takaful adalah berbeza dengan insurans konvensional. Terdapat dua jenis takaful yang memenuhi keperluan yang berlainan. Adakah takaful merupakan pilihan anda? Ketahui lebih lanjut mengenai jenis takaful yang ada di pasaran sebelum anda membuat sebarang pilihan.