Bank Negara Malaysia (BNM) menganjurkan pelbagai program pendidikan untuk membimbing masayarakat umum tentang pelbagai isu kewangan. Program pendidikan BNM adalah khusus untuk meningkatkan pengetahuan kewangan para pengguna yang merangkumi aspek-aspek seperti pengurusan kewangan dan pengenalan kepada pelbagai produk perbankan dan insurans.  
     
 
Program pendidikan ini ditawarkan kepada organisasi yang yang merupakan kumpulan sasaran program. Ketahui bagaimana anda dan organisasi anda boleh menyertai program-program yang dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kewangan.