Program pendidikan Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan sebahagian daripada usaha BNM untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan kewangan pengguna seperti anda.  
 
Khusus untuk kumpulan tertentu dan merangkumi pelbagai subjek berkaitan perbankan dan insurans, program ini adalah untuk membimbing anda untuk membuat keputusan yang lebih bijak dari segi kewangan dan supaya anda dapat berkongsi pengetahuan yang telah anda perolehi dengan masyarakat sekeliling, rakan serta keluarga.

Dengan mengikuti program ini, anda dapat memahami konsep kewangan dan seterusnya mendapat pelbagai kemahiran kewangan yang berguna, seperti bagaimana untuk mengurus wang anda serta pelbagai panduan berkenaan pelaburan. Program ini juga bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan, insurans dan takaful kepada masyarakat.
 
Saya Mahu...

Turut serta dalam program pendidikan pengguna BNM

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Kumpulan sasaran program pendidikan BNM adalah seperti berikut:
 
Remaja
Wanita
Dewasa (termasuk di tempat kerja)
Masyarakat luar bandar
 
Program pendidikan ini bertujuan untuk membimbing kumpulan sasaran dalam aspek:
 
         
  Pengurusan wang Kesedaran berkenaan pembayaran secara elektronik
  Kemahiran membuat belanjawan kewangan Kesedaran berkenaan penipuan berkaitan pekerjaan
 
Merancang kewangan dengan
Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga BNM

Kesedaran berkenaan penipuan
skim pelaburan/deposit
  Pengetahuan asas perbankan Cara-cara membuat aduan
  Pengetahuan asas insurans Peranan pelbagai pemain pasaran
      Perkembangan terkini
         
 
Jikan anda berurusan dengan organisasi yang berinteraksi dengan kumpulan sasaran program ini mahupun lain-lain kumpulan sasaran, seperti pesara, serta berminat untuk membantu mereka mempelajari kemahiran pengurusan kewangan dan pengetahuan asas perbankan serta insurans, anda boleh menyertai program pendidikan ini dengan mendaftar di sini.

Walau bagaimanapun, semua permohonan akan dinilai berdasarkan pendapat Bank Negara Malaysia tentang cara yang paling sesuai untuk membimbing anggota-anggota di bawah organisasi anda.